<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Wednesday, November 04, 2009
Bahagia

Inikah dikata saat bahagia? Bila hati berbunga-bunga dan asyik tersenyum-senyum sepanjang hari. Sudah lama aku tidak merasa bahagia seperti ini. Dunia terasa indah. Kegembiraan yang aku rasai tidak terungkap. Terasa seperti aku dapat menggapai bulan dan bintang. Aku gembira bila diri disayangi dan dicintai. Tapi... Adakah dia mencintai aku, atau hanya menyayangi aku? Tatkala aku merasa di awangan, aku tarik diriku takut rebah ke bumi. Dan.... Aku takut dengan perasaan ku sendiri. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan cintaku padanya. Tapi aku tak dapat membaca hatinya. Tiap sentuhan memberi aku harapan dan kasih sayang. Kegembiraan yang hanya dapat ku rasa dan tak terungkap dengan kata-kata. Teruna, Engkau adalah segalanya bagiku. Melihat motormu tiap pagi bila ku berjalan ke pejabat sudah buat ku tersenyum. Sebelum ku melihat wajahmu. Inikah bahagia? Walaupun aku mungkin kecewa suatu hari nanti kerana menyintaimu, biarlah aku mengecapi dan merasai kebahagiaan ini. Aku akan menjadi aku yang lebih baik. Yang mampu mengharungi cabaran. Dan banyak juga sudah ku redah keranamu. Terima kasih kerana membantu aku. Sayang, Aku terlalu menyayangimu. akan kecewakah aku suatu hari nanti? Kerana semua ini seolah-olah satu mimpi. Dan jika ini mimpi, biarlah aku terus bermimpi.

Posted at 04:34 pm by myangelbroken
Make a comment  

Sunday, November 01, 2009
Takut

Ilusi selalunya indah. Jalan cerita seolah sempurna. Hati kadang kala tersentuh melihat wayang atau mendengar lagu. Mainan perasaan tatkala itu begitu indah. Airmata mengalir. Entah mengapa aku pun tak tahu. Adakah airmata gembira kerana bahagia atau airmata kerana takut kehilangan? Takut kerana akan kecewa? Takut kehilangan orang yang paling kucintai sekarang? Aku gembira dan takut pada waktu yang sama. Takut dengan perasaan ku padanya. Takut dengan perasaannya pada si dia. Sampai bila harus aku terus berasa begini? Takut.... Perlukah aku uraikan lagi.

Posted at 04:10 pm by myangelbroken
Make a comment  

Wednesday, October 28, 2009
Tangisan

Sejak dari zaman persekolahan, aku menangis. Menangis kerana dikongkong. Zaman remaja ku berlalu begitu sahaja. Banyak yang belum ku rasa dan banyak yang belum ku terokai. Jarang sekali dapat ku keluar barsama kawan-kawan. Aku hanya mengikut ibu bapaku ke mana sahaja mereka pergi. Di kolej, tidak banyak jugak yang aku terokai berbanding adikku. Masa ku habis dengan bercinta. Pelajaranku entah ke mana. Kini di alam pekerjaan, aku masih mengikut ke mana sahaja keluarga ku pergi. Hingga satu saat, hubungan cinta ku terputus. Aku mula keluar bersama rakan-rakanku. Bukannya aku terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Sekadar keluar makan bersama mereka. Ya, aku pulang agak lewat. Kerana waktu kerja ku jugak lewat habis. Aku dimarahi. Aku faham mengapa mereka memarahi aku. Aku cuma pinta sedikit sahaja kebebasan. Aku hanya mahu rasa gembira. Gembira yang tidak memudaratkan diriku. Aku tau aku semakin kurang bersama mereka. Tapi jika aku tidak mula terokai hidupku sekarang, bila lagi? Perlukah selama-lamanya aku harus bersama mereka sahaja? Aku sayang ibu bapa ku. Kerana itu aku tinggal dan bekerja dia sini supaya aku bersama dan dapat menjaga mereka. Aku hanya mahu mereka memahami aku sedikit sahaja lagi. Salahkah aku hanya meminta sedikit kebebasan dari mereka? Aku diugut dihalau keluar dari rumah jika aku berterusan begini. Dengan umurku yang melebihi segala sempadan yang ada. Umurku sudah layak berumah tangga. Tapi aku masih tidak matang dalam kehidupanku. Pernah dulu bila aku masih bersama Uda, aku pinta Uda untuk mengahwini aku. Dan bawa keluar aku dari rumah ini. Supaya aku tidak perlu lagi bertengkar semata-mata kerana ingin punya sedikit kebebasan. Uda pinta aku tunggu beberapa tahun lagi. Kini, aku harus terus menjalani kehidupanku. Sukar untuk aku lalui semua ini tetapi ku terpaksa meredah jua. Ramai lagi yang lebih sukar kehidupannya berbanding aku. Kerana itu Tuhan aku masih bersyukur kepada Mu.

Posted at 12:25 pm by myangelbroken
Make a comment  

Tuesday, October 27, 2009
Senyum....

Senyum, Senyum pada kenangan yang banyak mengajar aku erti kehidupan, Erti sebuah cinta, Senyum pada yang ku sayang, Dan pada insan yang aku cintai, Senyumku berbalas, menyemarakkan perasaan di dalam hati, Kadang kala hati terusik dan air mata mengalir, Kadang kala hati gundah gulana pabila memikirkan fantasi dan realiti, Adakah fantasi dan realiti kini bersatu? Jika ia terlalu indah, aku bimbang aku akan tersungkur dan rebah ke bumi, Entah mungkin aku dapat bangun kembali selepas itu... aku tidak tahu... Tapi aku terasa sangat bahagia.... Sangat cinta Dan sangat sayang Adakah ini hanya permainan perasaan ku sendiri, Haruskah aku menghayati perasaan ini? Atau ia akan meracun aku sendiri? Senyum, Senyum itu satu sedekah, Senyum memberi kita perasaan sayang, Dan perasaan bahagia, Senyum bila gembira, Kadang kala senyum dalam hati terluka, Aku akan terus tersenyum, Dan semoga Tuhan akan kuatkan hatiku, Untuk terus senyum... Dan senyum....

Posted at 04:22 pm by myangelbroken
Make a comment  

Monday, October 26, 2009
Mengapa?

Dari utara ke selatan menaiki bas bersama Teruna adalah kenangan paling indah. Dara rasakan umpama mimpi. Hinggakan sekarang Dara masih teringatkan saat-saat manis kita bersama. Indah hingga tak terungkap dengan kata-kata. Teruna sanggup menemani Dara ke sana asalkan Dara selamat tiba ke pangkuan keluarga. Berjalan-jalan bersama di sana. Dunia terasa indah sangat. Dara terasa sangat bahagia. Tapi segalanya berkecai selepas apa yang terjadi kepada Teruna semalam. Mengapa malang sungguh nasibnya? Mengapa Teruna sanggup buat begitu kerana Dara? Adakah kerana cinta? Dara menitis airmata bila Teruna dalam keadaan ini. Entah mengapa Teruna, Dara terasa sayang dan cinta semakin mendalam. Dara ingin selalu memeluk Teruna. Mungkinkah suatu hari nanti kita akan bersatu, Teruna? Maafkan Dara bila keluarga tidak memahami Teruna. Mungkinkah kerana itu carta Dara akan turun ke bawah? Dara sedih memikirkannya. Kini, Dara rindukan Teruna.

Posted at 12:23 pm by myangelbroken
Make a comment  

Thursday, October 22, 2009
Cinta dan Aku

Cinta itu buta. Benar kata mereka. Ramai hang hanyut kerana cinta dan ada yang lemas kerananya. Aku entah di kategori mana.

Baru putus cinta dan aku sudah jatuh cinta. Aku hanya ada Dia. Aku hanya salah seorang di hatinya. Tetapi aku masih menyinta. Masih mahu memenangi hatinya. Entahkan dapat entahkan tidak. Tapi aku masih mahu mencuba. Benar aku cemburu, apatah lagi sedaraku sendiri. Kerana cintakan dia, ku bawa juga dia berjumpa dengan orang yang dia suka. Walaup

Aku terus bersama dia. Dengan harapan dia akan menerima. Walaupun kekadang aku keliru, ada kalanya aku terluka. Tapi dia tetap ku cinta. Aku sering terfikir apa sebenarnya perasaan dia. Apa sebenarnya yang terbuku di hati dan fikirannya. Dan siapa sebenarnya aku di hatinya. Dia boleh memilih yang mana yang dia suka. Yang dapat membahagiakannya. Aku? Aku hanya ada dia. Kerana aku masih aku. Seorang yang setia.

Posted at 04:26 pm by myangelbroken
Make a comment  

Sunday, October 11, 2009
Senyuman itu...

Teruna, Terima kasih di atas waktu dan kasih sayang yang Teruna luangkan bersama Dara semalam. Dara berasa tenang sekarang walaupun Ayah dan Ibu marahkan Dara. Kegembiraan Dara dapat mengawal perasaan Dara. Biarlah. Hingga sekarang mereka masih marahkan Dara. Entah bila mereka dapat menerima perubahan ini dan memahami Dara. Mereka masih merasa Dara kanak-kanak dan masih memerlukan mereka. Masalah dengan lelaki, Dara boleh berpisah tetapi jika darah daging sendiri............ Serba salah dibuatnya. Antara kehendak hati dan kongkongan keluarga. Bertahun lamanya Dara menanggung perbalahan hati ini. Dari zaman persekolahan lagi. Banyak yang Dara ketinggalan dalam hidup dan banyak kesilapan yang Dara lakukan kerana kongkongan mereka. Bukan menyalahkan mereka, mereka hanya ingin melindungi Dara. Teruna, Kegembiraan ini tak dapat digambarkan. Akhirnya Dara dapat merasa bahagia. Dara akan terus belajar untuk merasa bahagia. Mungkin kelembutan Dara dapat mengubah hati mereka. Semoga Dara dapat mendekatkan diri kepada Allah dan merasa lebih tenang.... Kegembiraan ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata atau tulisan. Hanya membuat Dara sentiasa tersenyum...

Posted at 02:30 pm by myangelbroken
Make a comment  

Friday, October 09, 2009
Duka semalam

Apa yang terjadi pada Dara hujung minggu lepas adalah satu mimpi ngeri. Apatah lagi ia membabitkan perasaan keluarga. Uda, Dara tak sangka Uda tergamak menutup kisah cinta kita yang bertahun ini dengan perasaan benci. Uda masih tidak sedar mengapa Dara melepaskan Uda pergi. Uda tikam Dara bertubi- tubi hingga satu saat Dara tidak dapat selamatkan Uda dan bahtera kita. Teruna datang menyelamatkan Dara dan memberi Dara harapan untuk terus melangkah dengan hati yang penuh luka ini. Fikiran Dara berserabut. Dan makin berserabut apabila ayah dan ibu seolah tidak memahami luka ini perlukan masa yang lama untuk sembuh. Ini bukan luka kerana hati ini sudah hancur berderai. Ibu, Dara tahu Ibu memahami dan mahu Dara melupakan dia tetapi dalam masa yang sama Ibu masih mahu mengikat Dara. Dara perlukan hari itu untuk meleraikan segala kekusutan di minda ini. Ayah, tolonglah fahami Dara. Hari itu untuk Dara. Hanya Teruna dapat menenangkan dan membantu mengawal perasaan Dara yang berkecamuk ini. Jika fikiran ini seutas tali, hampir -hampir tersimpul mati. Entah di mana harus Dara mula meleraikan ikatannya. Tersilap tarik, ikatan akan menjadi makin kusut. Hanya satu yang Dara akan cari dan terus mencari. Tuhan! Dialah tempat berterima kasih pabila gembira dan tempat mengadu bila berduka. Entah mengapa suhu kemarahan ini tidak stabil dan cepat naik apabila rasa terluka. Dara tahu apa yang Dara lakukan ini salah. Maafkan Dara, Ayah dan Ibu. Tiada niat untuk berkasar. Argh! Fikiran Dara berserabut sekarang. Tawa dan senyuman ini tak dapat menyembunyikan perasaan yang berkecamuk dalam hati.

Posted at 03:04 pm by myangelbroken
Make a comment  

Thursday, October 01, 2009
Luahan suatu masa dahulu

Salahkah aku bila cinta itu yang pertama?
Salahkah jika diri ini setia?
Aku masih kukuh dengan cinta setelah ujian melanda
Aku tak jemu dan masih setia menanti
kerna aku percaya pada cintaku
Salah akukah kerana tidak pernah bercinta?
begitu sukar aku memahami dirimu
Dan cuba berubah demi dirimu
Biarpun aku dapat memilih yang lain
Yang mahu berikan segala yang ku mahu
Aku tetap mahukan kamu
Namun engkau masih tidak percayakan aku
Aku?
Masih setia menantimu....

01 July 2009

7.40pm

nukilan buat Uda

Posted at 04:58 pm by myangelbroken
Make a comment  

Episod Baru?

Teruna,

Tak sangka persahabatan kita bertukar menjadi cinta. Teruna sering membantu, memberi nasihat dan berkongsi cerita dengan Dara. Di saat Dara perlukan seseorang, Teruna ada di sisi Dara.

Kini, Teruna sudi untuk berkongsi kasih dengan Dara. Walaupun Dara tahu, hati Teruna bukan untuk Dara seorang, Dara akan terus berjuang agar hati itu menjadi milik Dara seorang. Dara tahu Teruna terluka dengan si Dia. Khabar buruk pada Teruna sebenarnya khabar baik kepada Dara. Bermakna Dara mempunyai peluang untuk memiliki Teruna. Benar kata Teruna, Dara takut dengan perasaan Teruna kepada Dia. Tetapi janganlah pula Teruna fikir Dara bergembira di atas hati Teruna yang berduka. Dara ingin sembuhkan luka itu.

Sejak Teruna hadir dalam hidup Dara, Dara terasa sangat gembira. Teruna membawa Dara menyelami sisi perempuan yang tak pernah Dara terokai dalam diri Dara ini. Teruna menarik Dara supaya terus maju dan perbaiki diri Dara. Banyak yang Dara mula terokai dalam hidup ini. Terima kasih Teruna. Dara terasa ketinggalan dalam arus kehidupan yang laju ini. Semua teman2 jauh meninggalkan Dara yang terkapai2 mencari arah.

Teruna,

Hati ini ingin memeluk Teruna selalu. Sayang semakin menebal, cinta semakin mendalam, rindu semakin meruntun jiwa. Perasaan Dara pada Teruna ikhlas. Walaupun bukan Dara yang membahagiakan Teruna, biarlah Teruna bahagia bersama insan yang Teruna cintai. Saat ini, Dara akan belajar menghargai setiap detik yang kita lalui bersama. Dara belajar untuk bersyukur dengan setiap apa yang tuhan berikan. Dara masih berpegang kepada apa yang Dara percaya. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Posted at 03:53 pm by myangelbroken
Make a comment  

Next Page